Strangeness and charm
1
2
3



CAT
♣ 0


Hiii, Assalamualaikum.

Kisahnya nak sambung buat draft thesis malam2 gini. *12.47 a.m dah * Ntahh, akhirnya tersasar ke sini. Tadi keluar makan dengan depa ni (pija and ain ariffin), tetibe macam mane ntah si ain A ni boleh sebut nama blog aku (allzmolly) . Muka aku apa lagi, terus berubah, sah kantoi kat situ tuh. Habislah, ni kalau depa baca blog ni sekarang. Takde apa nak cakap just "HIII.....Welcome to Dunia B " hahaha.  Itu yang malam ni teringat nak bukak blog tu.

Nak cite ni... Ehem2,

Pasaiii kucing ! hehek

Kejadian: Di parking mcd 

Kami sampai2 je mcd. Time pija dah cun2 park kita dia, tibah ada orang hon. Ingat hon kat kami, rupanyaaaa tengok2 hon kat kucing haaaa. Kucing tu nampak macam kucing kurap, warna hitam. Duk depan kete orang tuh, orang tuh hon tapi kucing tuh still stay kat situ. Nak jadi kisahnya... Aku baru nak keluar kete. Pk2 alang2 nak keluar boleh lah pi kat kucing tuh, nak suh kucing tuh gerak. Tapiiii tak sempat nak pi kat kucing tuh. Kete tuh boleh gerak jalan. Depan mata aku tengok, kucing tu cuba utk keluar dari bawah kete time tuh tapiii............ kete tuh gerak jugak! Dasar kete! 

Aleh2.... pekkkkk. dilenyekkknya separuh badan kucing tuh. Srs first time aku tengok kucing kne langgar gitu. Kesian. Dah la kucing tuh kurap, kau pulak boleh langgar separuh badan dia. Kucing tuh struggle giler aku tengok time nak bangun lepas kene lenyek... jalan pun tk betul . Hmmmm , sedih tengok dia. Then aku nak try la pi tengok dia, dia sembunyi mane ntah. Mesti fobia an.. Apa jenis manusia la . Even dia seekor kucing pun. Tapi still ada hak untuk kita tak menyakiti dia, kalau tk suka pun. Janganlah seksa kucing tuh. Ntah apa lah jadi kucing tuh....Makan ayam tadi pun, teringat kucing tuh. Dah makan ke belum ntah. Tak reti sabar betul orang yang bawak kete tuh.... eiiiiii geram plak aku!

P/s : Atas tuh, hanyalah gambar hiasan. Ni time raya tau, tak ingat tahun bila. Maybe 2 tahun lepas kot. Aku ni takde lah fav giler kat kucing. Suka tuh still ada, nak2 yang kecik2 tuh. Cair hati aku. Innocent mcm aku. Hehek. Tapi still lah kita takde hak nak buat kucing tuh cedera ke apa. 

Apa yang cuba disampaikan kat sini. Jadilah pemandu yang mempunyai hati yang mulia dan penyayang serta bertimbang rasa terhadap haiwan (kecuali monyet!) Hahaha. Srs aku anti monyet, Dendam macam mane pun dengan monyet, aku still akan kalah! (gegirl sgt nyah!) Haha. Kay monyet tu kidding* . Termasuklah monyet pun , kita kene jaga kebajikan dia! Hahaha *padahal nampak aku terus lari* Aku ada kisah silam bersama monyetku yang TERCINTA! HAHA. Sebab tu anti sikit dengan monyet ni. Dulu kira berani la jugak tapi disebabkan kisah silam aku disergah oleh puak puak dia (monyet) yang ramai sampai aku lari tak cukup tanah. Maka terbitlah rasa anti tu! Hahaha. Takut kot.

Lagi satu rahsia an,, sebenarnya gigih haritu aku boikot mcd, tapi apakan daya. Aku manusia yang tak pernah pegang pada kata2 ! Iaitu hanyalah pada makanan. Sumpah tergoda . Aummm , hahaha. Apalah baru tengok iklan skit kat youtube, dah triggered nak makan mcd. Itulah Ain.....Kaylah sampai di sini sajooo. Cite harini pasal kucing je. Lain kali kita sembang pasal benda yang best sikit eh? Kot kalau ada. Hehehek.

NIGHT <3

-NAIM-

1 March 2018



◄ older

newer ►