Strangeness and charm
1
2
3



A Day At Kuala Gandah
♣ 0


Hiiiiii korang? Sihat? 
Okay harini nak story about My day at Kuala Gandah

Seawal jam 7.15 pagi haaaa aku turun pi fakulti sebab apa tau??? Sebab tak nak terserempak dengan monyet lah bro. Hehehe. Sampai je fakulti, kay kami berkumpul tunggu rakan-rakan yang lain. 

Naik je bas, taraaaa..... ada lah 5 minit macam tu sarapan pagi kami pun sampailah. Haaaa nasi lemak kau, so makanlah nasi lemak dalam bas. SEDAP tapi..... pedas tapi still sedap. Hehehe *I tak cover sedap kay*. Then perjalanan kami amik masa dalam 3 jam macam tu, sampai-sampai dalam pukul 10.15 pagi gitu jah. Okayy lupa nak habak mai, lawatan kali ni ada 2 tempat, kami pergi ke Deerland dan Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah. 

Sampai je Deerland, of course jumpa deer! 



Srs sape yang datang sini, rusa rusa dia peramah kay. And korang akan berpeluang untuk bagi makan kat rusa-rusa ni. Boleh sentuh, peluk pun bisa . hehehe

Deerland ni satu pusat di mana, bagi memupuk orang awam untuk sayang akan alam sekitar. Sebab kita saling bergantung antara satu sama lain. Baik pokok, haiwan mahupun manusia. Kat sini kita boleh feel2 duduk hutan gitu boleh jumpa rusa, ular, blue tongue skink *Ha , ni macam biawak pun ada tapi lidah dia mmg biru kay*, ayam yang macam2 jenis sampai tak hafal nama depa and macam2 lah, nak tau kene datang sini. Hehe .

Kat Pusat Konservasi Gajah ni pula, antara aktiviti yang korang boleh buat, which is mandikan gajah tu sekali. Tapi kami ni, tak tau lah pulak ada aktiviti tuh. Maka taraaalah bawa baju spare. Melepas peluang haaa. Sesiapa nak mandikan anak gajah ni, aktiviti hanya pada pkul 2.15 p.m setiap hari kecuali hari Jumaat pkul 3.00 p.m.so korang boleh Solat Jumaat dulu kay. Bayaran of course ada, tapi tak ingat lah pulak, RM15 sorang kot kalau tong2 dengan kawan. Then kat sini, korang boleh rasa sendiri bagi gajah2 tu makan. Masaalahnya aku nak bagi tak lepas2, dah standby dah tembikai nak bagi. Tapi bila dia hulur belalai je aku plak tak reti nak hulur2 tembikai kat dia. hehehe. MAAF!. 



Video ni aku edit dari pagi sampai malam, Haaaaa saje je baru try pakai filmora. Not bad lah, sebab dah lama tak buat video ni . Hehehe. Takpe lepas ni I boleh buat video banyak2.



Gambar ni kat Pusat Konservasi Gajah, time ni Dr bagi 40 minit gitulah settlekan task * tu haa kertas tu dalam tu ada soalan2* Then bangun je dari bangku ni,... eh eh , jmpa plak dengan jiran kesayangan ku eh. Aku pun tak tau apa hikmahnya . Malaslah nak cite. Hahaha.
-ALISA. FARHANI. AND ME-

Petang tu kami balik, pergi balik hari je. Aku pun tak ingat pukul bape. Hahaha, short term memory betullah. And btw hati-hati pergi dan balik sape2 yang berjalan jauh tu, masa perjalanan balik kami. First time tgok accident depan mata. Sangat ngeri. Jalan kat Genting tau2 je lah selekohnya tambah2 pulak hujan. Apapun baca doa sebelum memulakan perjalanan. Kay sampai sini je sis menulis. Pagi ni sis ada lab. 8.30 pagi masuk lab and btw Happy Birthday To Mizan :) Hehe.




12 MARCH 2018
-NAIM-






◄ older

newer ►